25 November, 2009

KHATAN BERAMAI-RAMAI SEMPENACUTI SEKOLAH

Sempena cuti sekolah penggal akhir sehingga ke tahun baru, seperti maklum musim cuti sekolah diambil kesempatan bagi mengadakan pelbagai Aktiviti-aktiviti maupun Program. Selain kenduri kahwin berkhatan juga selalunya yang mengisi sepanjang cuti sekolah

Di kampung Kuala Pari Hilir seramai 5 orang anak penduduk kampung yang berusia dari 8 hingg 12 tahun akan menyertai Khatan Beramai-ramai yang dianjurkan oleh UMNO bahagian Batu Gajah. Majlis dijangka diadakan pada 5hb disember 2009. bertempat di UMNO bahagian Batu Gajah. Kelima-lima peserta tersebut adalah:

Dato’ Yusoff Kasim selaku penaung merangkap Ketua UMNO Batu Gajah juga turut menyumbang kan lembu untuk ditumbangkan bagi jamuan untuk hadiran terutama Ibu Bapa serta keluarga yang turut hadir. Penyetaan juga nampaknya mendapat respon yang amat baik apabila setakat ini hampir 100 penyertaan telah diterima dan dijangka angka penyertaan akan melebihi 100 orang.

Apapun Pihak kampung Kuala Pari hilir merakamkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Dato’ Yussoff Kasim yang menjadikan program Khatan beramai sebagai aktiviti cuti sekolah kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk kampung yang mahu mengkhatankan anak-anak mereka

KORBAN DI AIDIL ADHA, 4EKOR LEMBU BAKAL DI KORBANKAN.


































Laungan takbir akan bergema lagi tanda sambutan Aidil Adha, Hasil keputusan JKKK pada sabtu lepas nampak gayanya sebanyak 4 ekor lembu akan di korbankan, maka seperti biasa Tn Haji Yahya selaku ketua kampung dalam mesyuarat JKKK tersebut meminta supaya semua JKKK dan penduduk kampung dapat turun membantu kerana Hari Raya Aidil Adha kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Dengan masa yang terhad disebabkan akan ke sembahyang jumaat Tn Haji Yahya Said juga berharap kaum wanita kali ini dapat membantu, setidak-tidaknya kalau tidak sempat melapah dan menimbang daging korban kerana solat jumaat kaum wanita boleh meneruskan gotong royong sementara yang lain pulang menunaikan solat jumaat

Bagi Orang Kampung yang merantau dan akan pulang berhari raya di kampung. Kami berdoa dan berpesan agar berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang nanti. Kepulangan kalian dinantikan oleh sanak saudara, jadi berhemah lah semasa memandu dan patuhilah undang-undang dijalan raya bagi mengelakkan sebarang kemelangan.

Rancanglah perjalanan kalian dengan baik, orang kampung sentiasa menunggu kalian. Walau bagaimana pun disini ada sedikit info utk Hari Raya Aidil Adha terutama bagi kalian yang merantau supaya senang membuat percaturan atau perancangan pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha

1. Sembahyang Raya di Surau Kuala Pari Hilir dipercepatkan ke pukul 8.30pagi kerana korban selepas sembahyang raya.
2. Korban kali ini sebanyak 4 ekor lembu termasuk sumbangan Yb Jamaluddin Radzi dan Mat Nor Nasi Ayam.
3. Wakil mengagihkan daging korban telah dilantik, bermula dari hujung kampung En Bahari, Tn Haji Yahya Said, En Hapipi shamsuddin, En Saunan Mat dan Pak Yunus Ali.
4. Korban diadakan selepas solat Raya, bertempat dihadapan Surau Kuala Pari Hilir.dan berharap dapat selesai didiagihkan sebelum jumaat.

Selamat hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin.... Lab bai kala hum ma labbai, lab bai kala shari kala kala bai

RUMAH PBR (PROGRAM BANTUAN RUMAH) KEPADA FAKIR MISKIN


ALHAMDULILLAH… sebanyak 4 buah rumah di pohon Kampung Kuala Pari Hilir untuk Program Bantuan Rumah telah pun diluluskan. Permohonan fasa awal atau pertama yang diselia oleh KEMAS dan Peruntukan dari Felcra . 4 orang peserta yang sebenarnya penduduk asal Kampung Kuala Pari Hilir juga merupakan antara penduduk kurang kemampuan untuk membina rumah sendiri telahpun diterima kerana memenuhi syarat yang diperlukan

Bagi Pihak kampung mengucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), FELCRA KINTA, Dato’ Yusof Kassim, Kemas, Ketua Kampung serta JKKK dan Agensi-agensi serta lain-lain sehingga berjayanya diadakan atau dibina. Walau bagaimanapun masih ada lagi 2 penyertaan yang masih lagi belum ada maklum balas dari Kerajaan. Ssetakat ini keempat-empat peserta berikut adalah

  1. Nor Sabariah binti Mohd Yusof
  2. Rohayu binti Abdul Rani
  3. Abdul Manan bin Idrus
  4. Robiah biti Abdul Manap

Walaubagaimana pun sehingga kini rumah-rumah peserta-peserta telah pun hampir 95 peratus telah disiapkan hanya menunggu kemasukan Air dan elektrik kerumah-rumah tersebut. Kerja kecil atau kerja-kerja kemasan kini sedang dijalankan dan pihak JKKK berharap rumah dapat diduduki sebelum tahun baru.

Untuk permohonan baru kini tidak lagi diseliakan oleh pihak KEMAS dan Felcra, maka jika ada permohonan baru selayaknya terus mengajukan kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah atau penghulu kerana dari segi perhatian dan kelulusan permohonan akan melalui FOCUS GROUP yang ditubuhkan oleh pihak Majlis Daerah Kinta . FOKUS GROUP tersebut di wujudkan dari semua jabatan bagi menjadi komiti yang bertindak menyiasat dan meluluskan permohonan bantuan termasuk PBR dan e-kasih.