08 December, 2009

TERIMA KASIH DATO' KETUA DAN UMNO BAHAGIAN BATU GAJAH....





Apa yang boleh dikatakan lagi Terima Kasih dato' kalau boleh adakn lagi... itulah yang heboh sekampung menjadi tajuk cerita Majlis Khatan Beramai-ramai di UMNO bahagian cukup meriah bila semua merasa, setidak-tidaknya yang serba kekurangan terasa lega, mana taknya bukan senang mengadakan perbelanjaan utuk anak-anak yang berkhatan... mana tidaknya duit doktor.. duit kendurinya... kesimpulanya seluruh penduduk kampung merakamkan ucapan ribuan terima kasih untuk dato' dengan idea yang sepatutnya menjadi ikutan semua ketua-ketua bahagian lain, insyallah rasanya akan jadi modeul kepada yang lain untuk ikut bersama,
Para ibu bapa peserta yang lain juga mengucapkan terima kasih untuk Pak ya sebagai ketua UMNO cawangan yang bermurah hati memberikan van beliau digunakan untuk mengangkut semua anak-anak yang ikut serta program tersebut. Saudara Zakaria sebagai pemandu serta anaknya yang turut dikhatankan merakamkan penghargaan kepada Dato' Yussof Kassim dan UMNO bahagian, juga pak ya kerana dapat juga mereka ikut serta dalam program ini.

Seramai 106 peserta yang mendaftar dan lebih 50 tok mudim dan pembantu yang kerjasama menjayaka program tersebut. Agak pelik dan berkesan sebenarnya bila dewan yang sentiasa dipenuhi oleh ahli UMNO kini bertukar menjadi hiruk pikuk dengan suara anak-anak dan ibubapa didalamnya, sedar atau tidak ini menandakan UMNO bahagian Batu Gajah sebenarnya masih mendapat perhatian orang ramai. sebagai penunjuk aras yang amat berkesan bila kehadiran ramai orang memperlihatkan di Batu Gajah sebenarnya bangsa melayu terutamanya masih menaruh kenyakinan penuh kepada Dato' Ketua sebagai Ketua Bahagian.

Sebenarnya bila wakil Kampung Boy (blog kuala pari hilir) juga dari pagi telah hadir untuk merakamkan majlis tersebut bagi melaporkan juga terkejut dengan beberapa insiden yang tidak semua tahu. antarnya ialah bila

1. Seorang ibu yang membawa 3 orang anaknya untuk dikhatankan yang tak punya kenderaan bila menumpang semasa datang telah diarah Dato' supaya dihantar dengan kereta Dato sendiri, cuba bayangkan bila terlihat anak-anak tersebut tersenyum yang tak bergigi melambai tangan sebelum dihantar pulang, lupa sekejap kesakitan bila detik dikhatankan... Balik sebagai seorang Menteri jer lagaknya.

2. Terdapat juga seorang hamba allah yang sebelum ni telah beralih angin sekejap dengan PAS yang ikut srta mambawa anaknya berkata ' kalau tak boleh pun tak pa' yang langsung diluar dugaan kita tentang kemarahan Dato terhadap beliau lansung tidak mempersoalkan kisah dulu apalagi dengan rasa marah, itu mungkin sifat sebagi ibu bapa dalam diri Dato yang sebenarnya tidak memilih bulu malah merasakan semua anak-anak seperti anaknya sendiri.

3. Dato' Ketua juga mengangkat anak-anak yang degil dilihat kebanyakkannya datang dengan ibu mereka tanpa bapa, dengan keadaan pakaian yang lusuh kita dapat bayangkan bagaimana hidup dan kesusahan mereka bila terlihat anak-anak tersebut. anak-anak yang menjerit sehingga menepis jatuh cermin mata Dato' malah ada yang mencakar muka Dato meronta sehingga saya lihat menitik darah dimuka Dato'' kerana cakaran anak-anak tersebut yang takut untuk berkhatan, almaklumlah apalah sangat yang si ibu mampu buat bila bapanya tiada dan ank kecil sedang didukungnya (baby), kampung boy juga diminta Dato' mendukung anak-anak ini menghantar ke kenderaan bila saya bertanya ' datang tadi dengan siapa?' ibu tersebut yang berulang kali menyebut Terima Kasih menjawab 'tadi saya tumpang orang', betanya lagi bila saya katakan 'Habih tu balik macamana?' pendek jawabnya 'entah ler tak tau lagi, tapi kalau dah ok sikit boleh jalan kaki jer nanti' bila saya dengar rumahnya yang sejauh 3 kilometer dari UMNO Bahagian, mengeleng saya dengan jawapannya sambil tersenyum saya katakan ' kak jangan risau tentu Dato' akan suruh saya hantar ke keretanya sebab saya bedasarkan sebelum ini ada keluarga yang Dato' minta saya hantarkan (dukung) anak peserta tersebut, lantas saya terus jumpa Dato untuk memaklumkan kepadanya tetapi terhenti bila, Atuk kepada seorang cucu yang disebelahnya beriya-iya berkata beiau akan tumpangkan kakak tadi kerumah beliau.

4. Mungkin banyak yang tidak tahu persediaan Majlis tersebut telahpun bermula hampir sebulan lamanya, seminggu persiapan akhir sebelum termasuk memindah segala perabut didewan dan mengadakan sebanyak 16 katil khatan dillakukan secara berdikit sehingga lewat ke pagi oleh semua petugas terutama AJK empat peringkat serta ahli UMNO telahpun bermula, mungkin ramai yang tidak tahu meja mesyuarat yang begitu panjang serta perabut didewan tersebut dipindahkan kearas bawah bernilai puluhan ribu ringgit juga rosak tetapi dek kerana Dato' merasa yang pentingnya anak-anak yang berkhatan diutamakan tidak sama sekali Dato' pertikaikan mengenai kerosakan tersebut.

5. Bermacam-macam lagi peristiwa dihari tersebut yang telah dilihat sendiri oleh kampung boy yang tak dapat di kisahkan. apapun kami semua merasa inilah yang patut dilakukan oleh semua Bahagian. Maklumlah dengan tomahan pembangkang terhadap segala keburukan ada di UMNO bila saya sendiri mendengar dari mulut kawan saya yang kami panggil "JANGGUT" berkata 'Banyak modal yang Dato' keluarkan untuk Majlis ni, Macamana dengan dema yang sanggup hantar anak dema berkhatan dengan DAP, Bajang Terhempas betui, kalau saya tak sanggup, bior berhutang pun takpa, itu belum lagi kisah Kapir Harbi yang pakai songkok dan Baju Melayu duduk sekali bertakbir raya dengan Orang PAS, jauh beno sesatnya dema ni..iskk... iskkk'

Kepada Dato' dan semua yang terlibat, terima kasih daun keladi, Majlis ini sebenarnya punyai seribu satu peristiwa didalamnya, insyallah kita doakan ia berpanjangan.. kerana rasanya Dato' sebenarnya yang tahu kenapa beliau berkerja keras mahu menjayakan bila kita sendiri tentunya terfikir berapa banyak kah agaknya yang dikeluarkan demi memastikan majlis berjalan lancar... satu kampung hanya boleh mengucapkan Terima Kasih dan hanya tuhan yang dapat menilaikan pengorbanan Dato' percayalah rasanya semua yang terlibat akan berkata yang sama, Wallahualam...

25 November, 2009

KHATAN BERAMAI-RAMAI SEMPENACUTI SEKOLAH

Sempena cuti sekolah penggal akhir sehingga ke tahun baru, seperti maklum musim cuti sekolah diambil kesempatan bagi mengadakan pelbagai Aktiviti-aktiviti maupun Program. Selain kenduri kahwin berkhatan juga selalunya yang mengisi sepanjang cuti sekolah

Di kampung Kuala Pari Hilir seramai 5 orang anak penduduk kampung yang berusia dari 8 hingg 12 tahun akan menyertai Khatan Beramai-ramai yang dianjurkan oleh UMNO bahagian Batu Gajah. Majlis dijangka diadakan pada 5hb disember 2009. bertempat di UMNO bahagian Batu Gajah. Kelima-lima peserta tersebut adalah:

Dato’ Yusoff Kasim selaku penaung merangkap Ketua UMNO Batu Gajah juga turut menyumbang kan lembu untuk ditumbangkan bagi jamuan untuk hadiran terutama Ibu Bapa serta keluarga yang turut hadir. Penyetaan juga nampaknya mendapat respon yang amat baik apabila setakat ini hampir 100 penyertaan telah diterima dan dijangka angka penyertaan akan melebihi 100 orang.

Apapun Pihak kampung Kuala Pari hilir merakamkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Dato’ Yussoff Kasim yang menjadikan program Khatan beramai sebagai aktiviti cuti sekolah kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk kampung yang mahu mengkhatankan anak-anak mereka

KORBAN DI AIDIL ADHA, 4EKOR LEMBU BAKAL DI KORBANKAN.


































Laungan takbir akan bergema lagi tanda sambutan Aidil Adha, Hasil keputusan JKKK pada sabtu lepas nampak gayanya sebanyak 4 ekor lembu akan di korbankan, maka seperti biasa Tn Haji Yahya selaku ketua kampung dalam mesyuarat JKKK tersebut meminta supaya semua JKKK dan penduduk kampung dapat turun membantu kerana Hari Raya Aidil Adha kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Dengan masa yang terhad disebabkan akan ke sembahyang jumaat Tn Haji Yahya Said juga berharap kaum wanita kali ini dapat membantu, setidak-tidaknya kalau tidak sempat melapah dan menimbang daging korban kerana solat jumaat kaum wanita boleh meneruskan gotong royong sementara yang lain pulang menunaikan solat jumaat

Bagi Orang Kampung yang merantau dan akan pulang berhari raya di kampung. Kami berdoa dan berpesan agar berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang nanti. Kepulangan kalian dinantikan oleh sanak saudara, jadi berhemah lah semasa memandu dan patuhilah undang-undang dijalan raya bagi mengelakkan sebarang kemelangan.

Rancanglah perjalanan kalian dengan baik, orang kampung sentiasa menunggu kalian. Walau bagaimana pun disini ada sedikit info utk Hari Raya Aidil Adha terutama bagi kalian yang merantau supaya senang membuat percaturan atau perancangan pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha

1. Sembahyang Raya di Surau Kuala Pari Hilir dipercepatkan ke pukul 8.30pagi kerana korban selepas sembahyang raya.
2. Korban kali ini sebanyak 4 ekor lembu termasuk sumbangan Yb Jamaluddin Radzi dan Mat Nor Nasi Ayam.
3. Wakil mengagihkan daging korban telah dilantik, bermula dari hujung kampung En Bahari, Tn Haji Yahya Said, En Hapipi shamsuddin, En Saunan Mat dan Pak Yunus Ali.
4. Korban diadakan selepas solat Raya, bertempat dihadapan Surau Kuala Pari Hilir.dan berharap dapat selesai didiagihkan sebelum jumaat.

Selamat hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin.... Lab bai kala hum ma labbai, lab bai kala shari kala kala bai

RUMAH PBR (PROGRAM BANTUAN RUMAH) KEPADA FAKIR MISKIN


ALHAMDULILLAH… sebanyak 4 buah rumah di pohon Kampung Kuala Pari Hilir untuk Program Bantuan Rumah telah pun diluluskan. Permohonan fasa awal atau pertama yang diselia oleh KEMAS dan Peruntukan dari Felcra . 4 orang peserta yang sebenarnya penduduk asal Kampung Kuala Pari Hilir juga merupakan antara penduduk kurang kemampuan untuk membina rumah sendiri telahpun diterima kerana memenuhi syarat yang diperlukan

Bagi Pihak kampung mengucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), FELCRA KINTA, Dato’ Yusof Kassim, Kemas, Ketua Kampung serta JKKK dan Agensi-agensi serta lain-lain sehingga berjayanya diadakan atau dibina. Walau bagaimanapun masih ada lagi 2 penyertaan yang masih lagi belum ada maklum balas dari Kerajaan. Ssetakat ini keempat-empat peserta berikut adalah

  1. Nor Sabariah binti Mohd Yusof
  2. Rohayu binti Abdul Rani
  3. Abdul Manan bin Idrus
  4. Robiah biti Abdul Manap

Walaubagaimana pun sehingga kini rumah-rumah peserta-peserta telah pun hampir 95 peratus telah disiapkan hanya menunggu kemasukan Air dan elektrik kerumah-rumah tersebut. Kerja kecil atau kerja-kerja kemasan kini sedang dijalankan dan pihak JKKK berharap rumah dapat diduduki sebelum tahun baru.

Untuk permohonan baru kini tidak lagi diseliakan oleh pihak KEMAS dan Felcra, maka jika ada permohonan baru selayaknya terus mengajukan kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah atau penghulu kerana dari segi perhatian dan kelulusan permohonan akan melalui FOCUS GROUP yang ditubuhkan oleh pihak Majlis Daerah Kinta . FOKUS GROUP tersebut di wujudkan dari semua jabatan bagi menjadi komiti yang bertindak menyiasat dan meluluskan permohonan bantuan termasuk PBR dan e-kasih.

14 August, 2009

PROGRAM MERDEKA!

07 August, 2009

TRAGEDI APEK TUA MATI DI HUJUNG JALAN KUALA PARI HILIR

Isnin 20hb ogos, 2009, Kebetulan teman dapat call suruh ambik PA system yang disedekahkan kepada surau dan orang kampung untuk kegunaan orang kampung jika ada majlis, aktiviti maupun program. Pak Ya selaku pengerusi menulis surat dan menyuarakan kepada YB Jamaluddin Radzi kerana dialah sebenarnya yang sudi mendermakan PA tersebut yang memang sebenarnya dari dulu lagi usaha mendapatkannya, apalah yang boleh di perkatakan cuma 'TER IMA KASIH LER YB' apalah yang dapat kami balas dengan jasa YB. Selepas mengambilnya dari rumah YB dan menghantar ke rumah ketua kampung saya dan anak-anak balik mengikut jalan shortcut, mungkin ramai yang tak tahu lagi terutama mereka yang merantau, di Kuala Pari Hilir kini sudah ada jalan pintas yang boleh terus tembus ke jambatan Pengkalan (bersebelahan Balai Bomba) kawasan di hujung Hilir dulunya lombong belaka, kini tumbuh dengan perumahan mewah yang nilainya ratusan ribu ringgit. Sayang cukup sayang kawasan yang begitu luas kini dah jadi perumahan mewah, walaupun dengar cakapnya disediakan kuota untuk bumiputera.. berapa banyakler yang terbelikan oleh orang kita kalau dah nilainya sampai 200 ribu ringgit yang termurahnya. Kadang-kadang terdetik juga dihati ni, aku pun tidak bertanah di kampung ni, aleh-aleh yang berada juga dapat, bukan kita tak tau di Kampung ku pun ada juga stinggan (kini semua duduk di rumah transit, 13 keluarga semuanya) aku jugak yang tak bertanah dikampung isk..isk... sedihnya. kadang-kadang Geram jugak bila Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini jangan lah senang-senang benarkan tokeh-tokeh lombong jadikan kawasan lombong menjadi perumahan, tak berapa kerat yang mampu beli rumah yang bernilai ratusan ribu ringgit walaupun sekadar menyebut perihatin pada bumiputera dengan menyediakan Khas Kuota Bumiputera. Sekarang apa jadi! Akhirnya yang sentinggan semua duduk dirumah sederet yang tak seberapa luasnya walhal yang lain semua digasak oleh tokeh-tokeh lombong yang kini dah bertukar profession dari tokeh jual pasir... sekarang dah jadi tokeh rumah Mewah.

Semasa dalam perjalanan balik tu teman ternampak ada tiga orang di palang gate sempadan kampung dan perumahan mewah tersebut (kejadian masih baru), tiang palang tu teman tengok patah dan kelihatan seorang apek terbaring ditanah yang punya nyawa-nyawa ikan, luka ditangan, siku dan dagu. kritikal dan nazak rasanya, pada satu ketika teman tengok dadanya lansung tak bergerak lagi, motorsikalnya pecah bahagian atas dari lapu cover serta cermin sisi kiri kanan rosak teruk. Pada pandangan teman motosikal yang dibonceng apek ni laju kot sebab tiang palang setinggi empat kaki tu boleh patah dua, pelik jugak sebesar palang tu disiang hari tak kan tak nampak.

Walaupun jam dah pukul 7 petang tapi hari masih terang, macamana dia boleh tak nampak tiang palang yang sebesar tiang tiang gol tu, rasanya laju kalau tak takkan sampai boleh patang palang besi tu, selepas menalipon ambulan dan polis teman tengok dadanya yang tadi begerak dah berhenti, teringat jugak nak buat CPR tapi bila rasa didada apek tu lembut macam tulangnya dah patah kot, tak jadi rasanya nak pump dadanya takut tambah kritikal lagi. jadi jalan terbaik tunggu ambulan sampai. kira-kira jam 7.25 petang rasanya bila ambulan sampai dan teman perasan seorang anggota Polis Menglembu yang berpakaian preman pun turut ada disana. Nyatalah tak ada nyawa siapek itu lagi bila beberapa ujian yg dilakukan Pegawai Perubatan apek tu di sahkan telah mati.

Apapun perlulah kita ambil iktibar termasuk tokeh Rumah mewah tersebut, Palang tu kadang-kadang buka kadang-kadang tutup. Teman sendiripun terkena bila dah sampai ke gate palang tu, tutup pulak, terpaksa patah balik, sikit punya jauh tu, selalu tutup pukul petang tapi adakalanya seawal pukul 5 petang dah pula tutup. Kalau sekadar alasan kegunaan mereka, tokeh tu kena ingat juga, jalan yang menyambung tu kena diambil kira, mana taknya habis jalan kampung turut rosak bila jadi laluan terutama lori-lori dari pasar borong yang menggunakan nya sebagai jalan pintas ke pengkalan pegoh atau lahat, itu belum lagi lori-lori yang bawa bahan binaan untuk perumahan tersebut. JKKKP pun telah beberapa kali membincangkan hal ni dalam mesyuarat, apa pun yang pentingnya sama-sama lebih berhati-hati sebab malang ni tak semestinya tak dapat nak tahu, jatuh dikatil pun boleh jadi sebab ajal. teringat teman dengan sajak yang dibacakan Pyian Habib ' Aku orang Miskinnnnnn.... Orang kaya makan Daginnn... Aku Makan roooootttiiii, Orang kaya tetap makan Daginnnn dan aku masih makan rootiiiii' fikir-fikirkanlah maksudnya yang berkisar tentang orang kaya akan terus kaya.... dan kita? SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN!

15 June, 2009

UNTUK ANAK KAMPUNG SEKADAR MELIHAT PERISTIWA DISINI.

video

APA YANG DISEDIAKAN SEKADAR KEGIATAN SEMASA DI KAMPUNG KUALA PARI HILIR YANG DI SUMBANGKAN OLEH KAMPUNG BOY, APA PUN KAMI SEDANG CUBA MENGEMASKINIKAN BLOG INI, HARAF MAAF, JIKA KEKURANGAN. KAMI MASIH MEMERLUKAN BANYAK LAGI BAHAN UNTUK DI SEJARAHKAN DIDALAM BLOG INI, JIKA ANDA MEMPUNYAINYA SILA MAKLUM DAN HANTAR KEPADA kualaparikampungboy@yahoo.com Salam perantauan.

12 June, 2009

25 Mei, 2009

PEMBONGKARAN... BUKTI sekupangdua... DAKWAAN PAKATAN RAKYAT YB JAMALUDDIN RADZI SEORANG YG SOMBONG DAN ANGKUH?


Hari ini , sekupangdua membongkar peristiwa yang membabitkan YB Jamaluddin yang didakwa oleh PAKATAN RAKYAT seorang yang angkuh dan mementing diri sendiri, kerana peristiwa ini sehingga kini sekupangdua sekeluarga pasti tidak akan dapat melupakannya hingga akhir hayat selagi ada keturunan. Cerita ini bukan hikayat tetapi melibatkan sekuangdua dan adalah benar sebenarnya, demi allah tidak upaya saya membohongi allah kerana laknatnya amatlah dahsyat! NAUZUBILLAH!

Kisah benar ini berlaku sekitar tahum 80an di behrang ataupun sempadan (selekoh maut jalan lama)tanjung malim. Teman sekeluarga ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur utk menghadiri majlis perkahwinan anak kawan rapat ayah teman semasa bertugas sebagai sojar (askar) di Singapura sekitar tahun 50an. separu perjalan menuju ke kampung pandan dengan mengikuti jalan lama, masa tu higyway pun rasanya bermula tanjung malim jer dan perjalanan memakan masa selama 4 setengah jam kalau tidak menyinggah, ya allah teman amat bersyukur sekarang cukup mudah dengan adanya highway, perjalanan selesa, tempat sembahyang, makan, rehat, isi minyak dan bermacam-macam lagi kemudahan yang ada, dengan 2 setengah jam dah boleh sampai. Tayar pancit pun ada anggota plus yg akan segera bantu, cuma segelintir saja orang-orang yg tak pernah besyukur dengan kemudahan yang Negara telah baktikan pada rakyat... ALHAMDULILLAH!



Semua pengguna di semasa tahu 80an tahu itulah selekoh maut yang seringkali menjadi buah mulut orang 'tempat yang berhantu' (maksudnya tempat yg selalu ada kemalangan) buktinya ada sebuah kedai menjual jambu di selekoh itu yang teman tanya dia 'kenapa ada satu loggokan pasir betul-betul di depan gerai apek tersebut? tidak kah ia menganggu perniagaan beliau?

Sebelum samapai selekoh lebih 2 atau 3 km kereta yang kami naiki terdengar bunyi letupan kecil sekuat sebutir mercun padi, bila sampai betul-betul di selekoh tersebut kereta kami terhoyong hayang, rupanya salah satu tayar kereta pancit, apalagi... tak silap saya 3 atau lima kali kereta yang kami naik enam beranak tu bergolek (berpusing bumbung keatas dan kebawah, berputar dan berhenti betul-betul di depan kedai apek yang menjual jambu. Maha besar allah, kami semua selamat walaupun kereta rosak teruk terutama bumbungnya kemek kuat, hampir sepuluh minit kami terdiam, kelu dan mula keluar, masyaallah di kepala teman bertanya kenapa teman masih bernafas dan mula berfikir buruk, siapa lagi keluarga teman yang masih bernyawa? satelah membisu kami mula keluar dan amat mengejutkan kami selamat enam beranak tanpa ada sebarang luka walaupun segaris luka.



Selepas keluar dan bersyukur kepada allah keran melindungi kami sekeluarga selamat, Abang teman pun menalipon kawan sekampung kami kami yg menetap di behrang. sementara sebuah Bas pelancong pun turut berhenti dengan hasrat membantu, kedengaran riuh semua penumpang keluar membantu, teman masih ingat lagi, dalam bising suara mereka cukup jelas teman dengor perkataan 'wah.. telok ooo..belapa orang sutah mati (berapa orang yg mati) kerana menganggap mayat telah di bawa kehospital walaupun sebenarnya kamilah mangsa sebenar yang mereka tidak ketahui.

sebaik beberapa minit datang lah kawan abang teman dengan menaiki motor kapcai, Hamba Allah tersebut adalah sekarang yang kenali sebagai YB JAMALUDDIN RADZI. (Kalau YB jamaluddin terbaca artikel ini teman pasti dia masih ingat dan mengiakan peristiwa ini) Dia lah orang yang paling sibuk memaggil krane (kereta tunda), kehulu kehilir almaklumlah masa tu mana ada talipon, tak berapa lama datanglah sebuah krane dan apabila pemandunya keluar terus menegur Yb jamaluddin, kami termaggu sekejap apabila apek yang menjual jambu tersebut berkata 'haiya ini ali mayak ong (hari bertuah) pemandu krane tersebut menjelaskan taukey jambu tadi seronok! teman cakap kenapa? lu tak tau wo, ini tumpat aa manyak langgar wo, semua aa mesti telok atau mati woo, paling sikit aa... mesti patah ma! ( tempat selalu accident... kebanyakannya mati dan paling tidak tulang patah riuk!). 'mali kawan' ini hali tak mau juai (mari sini semua , saya tak mahu berniaga hari ini) semua buah jambu yang diniagakan diberi percuma makan kepada kami sekeluarga termasuk orang ramai dan juga satu bas yang berhenti singgah utk membantu kami tadi, barulahlah saya faham sebenarnya kegunaan sebukit kecil pasir yg di longgokan sebenarnya bertujuan utk melindung gerai apaek jambu tu dari sasaran kenderaan yg terbabas di selekoh itu.

Yb Jamaluddin yang menguruskan semua urusan, memanggil kereta tunda, membawa kami kerumah dia (bermalam) sehinggalah kami selamat sampai kembali keipoh! urusan pambaikan kereta pun dia lah yang uruskan sehingga siap. teman paham sangat sebagai penjawat awam berapalah gajinya, tapi Yb Jamaluddin tidak pernah sekali menyebut soal bayaran, rumah yg disewanya tak besar mana, tapi dia masih tersenyum dan melayan baik keluarga kami. tak pernah merunggut.

Kepada Yb Jamaluddin percayalah kami sekeluarga amat berterima kasih dan budi baik Yb hanya allah saja yg dapat membalasnya! sampai sekarang masih ada lagi orang kampung yang tak tahu dengan perstiwa ini kerana Yb tak pernah bercerita... inilah yg dikatakan Ikhlas, bukan nak menunjuk-nunjuk, habis satu kampung malah dalam internet atau blog dengan riak dan bangga tunjuk, cerita, siap masuk Youtube kononnya boleh baca talkin, berkhutbah jadi imam dan lain-lain. Saja nak menunjukan orang UMNO semua tak tau ilmu agama, cuma dia sorang jer.. itu tak termasuk majlis UMNO sendiri dimasjid yang dia rampas mic nak tunjuk handal agama dia adalah orang yg warak. itu tak termasuk siap kafir kan orang! Pening teman... betui ker ini rupanyer Ikhlas!

JADI... Sebenarnya dari dulu teman dengan orang kampung cukup paham memang sebenarnya Yb Jamaluddin sememangnya cukup layak sebagai pemimpin, sehinggalah kini jika dia ada dikampung kami tak jadi massaalah duduk semeja di kedai makan dan berborak, YB juga banyak membantu orang kampung dengan pelbagai bantuan peribadi di surau, dewan, orang kampung dan macam-macam lagi walaupun beliau berbeza parti dengan orang kampung dia sendiri, terima kasih Yb, kami cukup bangga yg adalah orang kampung kami.

Pada mengkomer (anda) yang jahil... janganlah berbohong! rosak pemikiran rakyat, dengan manusia bolehler... dengan allah tungguler balasannya. senang benor percaya cerita dan kelentong orang bulat-bulat jer walaupun tak nampak, tak tahu ... percaya jer, apa guna otak dan perasaan kalau diletak kat tempurung lutut. senang benor percaya temberang tanpa soal siasat, selamat berpuasa... HUA HA HAHAHA..., SEDORLER YOP, JANGAN BANDAN CANTIK, OTAK LEMBAP... TAKBIR!

Gambar selepas kemalangan dan selepas kereta ditunda.

19 Mei, 2009

PENDEDAHAN! TEMURAMAH JAMALUDDIN DENGAN AGENDA DAILY

11 bulan berkuasa…apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

SIRI SATU

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh… dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah… hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri…cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar… tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999… 99 tahun pun kita akan dikritik hebat… tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah…balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti…hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – agendadaily

Sumber;
http://pemudaenggang.wordpress.com

IKUTI JUGA PERTIKAMAM HANG UMNO DAN HANG PAS DIPAUTAM BERIKUT;

http://abangtuah.blogspot.com/2009/05/setelah-500-ratus-tahun-masih-jua.html

21 Mei, 2009

SIRI DUA DAN AKHIR TEMUBUAL DENGAN YB JAMALUDDIN - agendadaily

Bila dah berkuasa...2 x 5...mereka sebat juga

Oleh: HANAFIAH MAN

"Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati," itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily.

Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa.

"Bila dah berkuasa dua kali saja," katanya.

Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaaannya.

"Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah," katanya

Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang

"Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan. Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kita ini dah keterlaluan.

Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja".

Sejak sertai PKR dulu hingga sekrang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya

"Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini.

Tapi bila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Bila dah berkuasa sama saja, serupa saja.

Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya.

Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah."

YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan "Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Lepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit.

Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga.

Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng.

Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan. Tanah kerajaan tak perlu di bawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun.

Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya. Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?.

Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali.

Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.

Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.

Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas

Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.

PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR.

Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri.

Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang.

Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ek tangan pembangkang. Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO.

Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu.
Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya. Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu.

Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.

Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO. Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN.

Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja," katanya mengakhiri temubual. - 21/5/2009


SIRI DUA WAWANCARA AGENDA DAILY DENGAN YB JAMALUDDIN.

DAP tawar MB kepada saya...PKR main politik kotor Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini).

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a